8 Tempat Yang Wajib Dilawati di Singapore

by - May 10, 2018


Minggu lepas aku berkesempatan untuk bercuti ke Singapore. Tapi tak bercuti panjang pun, Cuma ambil pakej day trip dengan Raini Travel. Harga murah je Cuma RM135 tapi sangat berbaloi sebab dengan RM135 tu aku dapat melawat ke 8 tempat menarik di Singapore!

Pakej day trip ni menariknya ialah aku tak payah fikir nak ambil cuti ke apa sebab pakej day trip Raini Travel ni memang dianjurkan pada hujung minggu. Hari Jumaat malam bertolak dari KL Sentral dengan menaiki bas dan akan sampai ke Singapore pada pagi Sabtu.


Bersiap di RnR Gelang Patah

Oleh sebab hari tu kami bertolak lebih kurang pukul 11 malam, sebelum pukul 4 pagi kami dah sampai di RnR Gelang Patah, Johor. Di sini kami semua berhenti untuk mandi, bersiap, makan dan seterusnya menunggu azan Subuh. Sesudah Subuh kami bertolak untuk memasuki Singapore.

Peringatan Sebelum Memasuki Singapore

Haaa..yang ni korang kena baca betul-betul. Sebelum nak masuk Singapore sila pastikan korang bawa passport korang! Nanti masa sampai di Imigresen Malaysia pastikan korang bawak turun semua beg korang untuk pemeriksaan. Dan pastikan sebelum sampai di Imigresen Singapore, korang tak bawa ROKOK dan CHEWING GUM! 2 benda tu memang haram dibawa ye!

Sampai di Imigresen Singapore, sama macam di Imigresen Malaysia..pastikan bawa turun beg korang untuk pemeriksaan dank orang mesti isi ‘white card’ di mana keratan ‘white card’ tu korang WAJIB SIMPAN elok-elok sampai korang ke luar dari Singapore. Kalau hilang maka ‘bencana alam’ la jadinya.

Oh ye..lagi satu, aku nasihatkan korang bawak la sebotol mineral kecil sebab tandas-tandas di Singapore ni tak ada air. Tapi ada juga lah tandas yang ada air contohnya seperti di Sentosa Island, ada tandas yang disediakan paip air.

8 Tempat Menarik di Singapore

Macam yang aku ceritakan diawal tadi, aku ke Singapore cuma la day trip means balik hari je. Jadi kat sini aku memang utilisedkan masa aku betul-betul. Sebab kami awal pagi dah sampai jadi tempat yang kami lawati di sini ialah :

1.       Merlion Park

Kalau ke Singapore tapi tak jejakkan kaki ke Merlion Park seolah-olah tak lengkap kunjungan korang ke Singapore ni. Sebab Melion Park adalah tempat mercu tanda Singapore.
 


2.       Esplanade

Espalanade ni menariknya ialah berbentuk seakan durian. Ia adalah sebuah pusat persembahan seni yang berkeluasan 60,000 meter persegi



Berhadapan dengan Esplanade ni ialah Singapore River di mana suatu masa dahulu adalah laluan sibuk para pedagang. Sebab tu di sekitar Singapore River ni terdapat patung-patung yang menggambarkan keadaan zaman pedagang di situ. Dan di hadapan kawasan tersebut terdapat tempat yang pada aku memang sangat sesuai untuk bergambar..hahaha..cantik sangat kawasan tu..





3.       Bugis Street

Bugis Street ni ialah syurga shopping. Kalau korang nak beli souvenir aku memang cadangkan sangat untuk korang bershopping di sini sebab harga souvenir di sini lebih murah berbanding tempat lain.



Selain tempat untuk bershopping, bangunan yang ada di Bugis Street ni pun semuanya cantik dan unik. Tengok je la gambar yang aku snap ni..




4.       Masjid Sultan

Masjid Sultan ialah masjid yang tertua di Singapore dengan senibina yang unik dan cantik
 

5.       Kampong Glam

Terdapat banyak tempat menarik di sini termasuklah Istana Kampong Glam. Kampong Glam ni terkenal sebab ia merupakan kampong awal bugis.



6.       Restoran Zam-Zam

Kalau datang ke Singapore, jangan lupa singgah makan di Restoran Zam-Zam ni. Restoran ni memang terkenal kalau dikalangan rakyat Malaysia sendiri. Kalau ke sini memang rata-rata pengunjungnya dari Malaysia.



Hari tu aku cuba makan Nasi Beriyani ayam dan Murtabak ayam..memang sedap. Cuma servicenya agak kurang mungkin sebab terlalu ramai pelanggan..hehehe..ni pandangan jujur tau, Tapi makanan memang sedap dah la portionnya banyak giler.




7.       Pulau Sentosa

Haaa..kat sinilah syurga korang untuk berseronok sebab kat sinilah terletaknya Universal Studio Singapore.






Kalau tak nak luangkan masa di USS ni, korang boleh naik trem untuk ke Pantai Siloso, Palawan dan tempat sekitarnya. Trem kat sini free je.

Macam aku hari tu memang tak luangkan masa di USS pun sebab aku dah pernah masuk di USS. Boleh baca link entry aku yang lepas kat sini : http://www.bebelancikmin.com/2017/10/apa-yang-menarik-di-singapore.html




8.       Gardens By The Bay

Ni tempat yang wajib korang datang sebab tempat ni memang lawa sangat. Malam hari akan ada pertunjukan yang diberi nama Garden Rhapsody Light Show dimana pertunjukan lampu mengikut rentak muzik di adakan di sini.



Jadual Perjalanan Akan Datang

Kalau korang berminat nak ambil pakej macam aku ambil ni dengan Raini Travel yang cuma berharga RM135, korang boleh la check tarikh-tarik di bawah ni :

·         29-30 June 2018
·         27-28 Julai 2018
·         31 Ogos – 1 September 2018
·         28-29 September 2018
·         26-27 Oktober 2018
·         30 Nov-1 Disember 2018
·         28-29 Disember 2018

Untuk sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut korang boleh la hubungi dan layari laman social mereka di :
Whatsapp : 016-7744594

You May Also Like

2 comments

  1. Bestnya Spore. I adore Spore sbnrnya kak. Terutama bila tgk kat Travel Channel. Wishlist

    ReplyDelete
  2. Tak menyesal la makan kat Zam Zam walaupun masih ralat tak dapat Sup Tulang Merah.

    ReplyDelete