15 Tempat Yang Wajib di Lawati di Johor Darul Takzim (BAHAGIAN 2)


Ok..sekarang aku nak sambung 15 Tempat Yang Wajib di Lawati di Johor Darul Takzim. Bahagian pertama aku dah pun kongsikan 5 tempat. Sekarang aku nak sambung tempat ke-6 dan seterusnya.

6.       Angry Bird Activity Park

Terletak di dalam Komtar JBCC di Johor Bahru. Berkeluasana 26,000 sqft dan mampu memuatkan 1,000 pengunjung dalam satu masa.

Angry Bird Activity Park sangat sesuai untuk meluangkan masa bersama keluarga tanpa perlu risau untuk berpanas atau berhujan sebab semua aktiviti di sini adalah aktiviti indoor. Ada bermacam-macam aktiviti yang disediakan untuk kanak-kanak dan dewasa. Juga terdapat mainan/aktiviti yang melibatkan kanak-kanak dan dewasa. Maksudnya anak-anak dan ibu bapa boleh sama-sama berain dan meluangkan masa bersama.


Selain itu terdapat persembahan live tarian dari Angry Bird! Yang ni paling aku suka sebab dapat peluk Angry Bird yang comel ni.



Tiket & Pakej

Single Tickets
Normal Rate : RM75.00
Mykad/Mykid Holders : RM60.00

Annual Pass
Normal Rate : 230.00
Mykad/Mykid Holders : RM180.00

Family Pass (4 persons)
Normal Rate : RM280.00
Mykad/Mykid Holders : RM218.00

Family Annual Pass (4 persons)
Normal Rate : RM850.00
Mykad/Mykid Holders : RM700.00

School Groups
RM50/student (add RM20 on Weekends, Public Holidays, School Holidays)
  
Waktu operasi : 10 pagi – 10 malam

Alamat : Level 3, Komtar JBCC, Johor Bahru, 80000 Johor Darul Takzim
Tel : 07-3005090/07-3005091

7.       Desaru Fruit Farm

Desaru Fruit Farm ni tempat yang korang memang wajib datang kalau ke Johor. Sebab apa? Sebab korang akan rasai sendiri pengalaman melawat ladang yang berkeluasan 100 ekar ni sambil menikmati buah-buahan juga hidangan berasaskan buah-buahan. Haa..Macam mana tu?

Desaru Fruits Farm ni telah dibangunkan pada tahun 1990 dan cuma buka untuk perniagaan Agro Tourism pada tahun 2001.

Daripada tahun 2001 hingga ke tahun 2010, Desaru Fruits Farm ni telah menerima kira-kira 180,000 pengunjung setahun dan sehingga tarikh yang direkodkan kira-kira 1.6 juta pengunjung telah melawat kebun buah yang terbesar ni.

Keluasan

Desaru Fruit Farm ini mempunyai keluasan seluas 100 ekar (45.5 hektar) dan telah ditanam dengan lebih 10 jenis tumbuhan dan lebih 100 pokok buah-buahan tropika yang bermusim seperti durian, rambutan, pulasan dan manggis juga buah-buahan yang tidak bermusim seperti jambu, cempedak, nangka, kedondong, ciku, nenas, manga, limau kasturi dan buah bidara.


Menarik Di Sini

Apa yang menariknya di sini ialah selain melawat kawasan yang seluas 100 ekar ni, pengunjung juga  boleh merasai sendiri pengalaman menjadi petani untuk sehari. Dan jika datang pada musim durian pengunjung boleh menikmati buah durian sepuasnya!

Di Desaru Fruit Farm juga terdapat Mini Petting Zoo, jadi bagi pengunjung yang datang bawa anak ,bolehlah luangkan masa di sini.


Tapi yang paling menarik di sini bagi aku ialah ada buffet lunch di mana korang akan disediakan dengan masakan berasaskan buah-buhan yang ada di sini seperti :

·         Kerabu Mangga
·         Rendang Nangka
·         Masak Lemak Pisang Daun Selasih
·         Asam Pedas Buah Markisa
·         Masak Lemak Udang Nenas Madu
·         Sotong Goreng Tepung bersama Sos Buah Naga

Menarik bukan? Walaupun sesetengah masakan bunyi macam pelik tapi percayalah memang semua masakan kat sini sedap belaka. Aku berani cakap sebab aku dah cuba. 

Tapi ada 3 hidangan yang pada aku memang sedap sangat iaitu Masak Lemak Pisang Daun Selasih, Asam Pedas Buah Markisa di mana asam pedas ni menggunakan buah markisa sebagai pengganti asam jawa dan Sotong Goreng Tepung bersama Sos Buah Naga. Memang sedap! Sampai sekarang teringat-ingat.

Buah Markisa segar dari ladang


Jambu air ni memang terbaik sangat

Sotong Goreng Tepung + Sos Buah Naga

Masak Lemak Pisang Daun Selasih

Asam Pedas Buah Markisa




Untuk Keterangan Lanjut

Kalau korang merancang untuk datang ke sini, korang boleh la ke :

Desaru Fruit Farm
Hentian Penawar No 1,
Sungai Cemaran, Desaru 81900
Kota Tinggi, Johor Darul Takzim
Tel : +607-8225886, 8308017
Fax : +607-8224886
Website : www.desaruff.com

8.       Muzium Sejarah Kota Johor Lama

Terletak di Kampung Johor Lama iaitu 27km dari Bandar Kota Tinggi. Kota ini terletak di sebuah kawasan ladang getah di tepi Sungai Johor.

Sejarah Kota Lama bermula pada tahun 1540 apabila Sultan Alauddin Riayat Shah II (Raja Johor kedua 1528-1564) berpindah ke Tanjung Batu yang hanya di sebelah Sungai Johor. Baginda kemudiannya membina sebuah “kota” (benteng) dari kubu batu.






Untuk keterangan lanjut boleh hubungi :

Tel : 019-7008324 (En.Kudin)
Tel : 012-7262604/019-7444984 (En. Nahar)

9.       Kampung Belukar Durian

Kampung Belukar Durian adalah destinasi popular untuk memancing udang air tawar dan juga destinasi berkelah romantik serta aktiviti berasaskan air. Tanah Lembab Sedili merupakan contoh yang terbaik bagi tanah lembab di Negara ini diselubungi dengan tumbuh-tumbuhan di tepi sungai dan hutan paya air tawar.

Banyak aktiviti boleh didapati di sini seperti penanaman semula bakau, sungai safari, meneroka pantai berpasir, mengutip lokan dan sebagainya.
Tapi paling aku suka kat sini ialah pemandangan yang cantik.






 Untuk keterangan lanjut boleh hubungi :

Tel : 019-7380372 (En. Kamal)
Tel : 019-7842064 (Pak Wan Zaili)

10.   Taman Buaya Teluk Sengat

Taman Buaya Teluk Sengat terletak di teluk Sengat, Kota Tinggi, Johor. Terdapat lebih daripada 1000 ekor buaya di sini. Menariknya di sini terdapat buaya yang berusia lebih daripada 100 tahun.


Taman Buaya ini telah ditubuhkan pada tahun 1979. Buaya-buaya yang terdapat di Taman Buaya Teluk Sengat ini adalah spesis buaya air masin. Para pengunjung berpeluang untuk menyaksikan bagaimana buaya diberi makan, selain dibawa untuk melihat buaya-buaya yang berada di Taman Buaya ini.

Selain itu para pengunjung juga berpeluang untuk memegang serta bergambar dengan anak buaya dengan pengawasan penjaga. Pendek kata, kalau melawat Taman Buaya Teluk Sengat ni korang akan diberi pengetahuan tentang buaya daripada telur hinggalah pada buaya yang berusia lebih 100 tahun.

Telur Buaya..Teksturnya kasar & keras. !st time aku pegang seumur hidup..haha






 Waktu Kunjungan dan Keterangan Lanjut


Waktu operasi Taman Buaya Teluk sengat ni ialah daripada 9.00am hingga 6.30pm

Alamat : Lots 1289 & 1290, Jalan Sembilan,
                 Kampung Belading, Teluk Sengat,
                 81940 Kota Tinggi, Johor
Tel : 07-8955220
Fax : 07-8955137
Hp : 016-7162727
Hp : 013-7775508
Hp : 019-7915116




Post a Comment

8 Comments

  1. banyak tempat yang kami tak pergi lagi.

    ReplyDelete
  2. Banyak tempat boleh dilawati di Johor rupanya. SIqah tak pernah lagi sampai JB. Inshallah one day :) Kalau nak melawat JB nanti, boleh jenguk balik entri ni :D

    Cik Min, jemput join giveaway dan segmen di blog Siqah jika ada kelapangan ye :)

    LETTER OF HAPPINESS GIVEAWAY BY BLOG SIQAHIQA

    SEGMEN : MAKING A BLOG LIST BY BLOG SIQAHIQA

    ReplyDelete
  3. Banyaknya tempat menarik dekat Johor baharu ya dulu pernah sampai tahun 2010 tu atas urusan kerja tak ada g mana

    ReplyDelete
  4. Kampung Belukar Durian tu cantik..

    ReplyDelete
  5. Banyaknya tempat menarik di Johor.kene pergi time cuti sekolah hujung tahun best ni.

    ReplyDelete
  6. wah
    banyak tempat menarik di johor nih

    ReplyDelete
  7. Wah banyak rupanya tempat menarik di Johor.. Nak ke johor nanti boleh refer sini😍


    Husniey baru follow sini, #112 salam kenalan ya cik min

    ReplyDelete