Thymos Anti Sinus/Nasal Allergies Spray Pulihkan Resdung Aku!

Adoi..ntah nape ntah dah beberapa bulan ni teruk betul resdung aku. Hidung gatal nak mampus..kadang-kadang rasa macam nak cabut jap idung letak tempat lain..haha..

Bukan takat gatal je tapi hidung sentiasa berair macam orang selsema. Banyak kali jugak time aku keluar, orang tanya aku demam ke? Aku iye kan aje sebab malas nak explain kat orang yang aku ada resdung teruk.

Paling seksa masa nak tidur dan masa bangun pagi. Lemasnya hanya Allah yang tau. Hidung tersumbat..jadi seksa sangat rasa masa nak tidur sebab tak boleh nak bernafas. Kalau bangun pagi pulak mesti bersin tak henti. Kadang rasa nak menangis.

Apa Itu Resdung?

Resdung merupakan sejenis penyakit di mana terjadinya radangan pada rongga sinus yang disebabkan oeh jangkitan kuman.

Tanda dan gejala biasa termasuk lendir tebal dalam hidung, hidung tersumbat dan sakit pada bahagian muka. Tanda dan gejala lain termasuklah demam, sakit kepala, kurang deria bau, sakit tekak dan batuk. 

Resdung boleh disebabkan oleh jangkitan, alahan, pencemaran udara, atau masalah struktur dalam hidung. Dalam kebanyakan kes, ia adalah disebabkan oleh jangkitan virus. Di Amerika Syarikat dan Eropah, sinus menjejaskan kira-kira 10% dan 30% daripada penduduk setiap tahun. Dan mengikut statistik, wanita lebih mudah dijangkiti sinus berbanding lelaki.

Jangan ambil mudah ye tentang penyakit resdung ni. Sebab ia mampu menjejaskan deria bau, pendengaran dan mata jika tidak dirawat. Teringat masa aku kecil-kecil dulu, ada seorang lelaki ni hidungnya rompong dan menurut ahli keluarga, semuanya disebabkan resdung..arghh takut pulak aku..


Untuk orang yang resdung teruk macam aku ni, tisu la peneman setia. Kena sentiasa ada kat tepi. Tido pun mesti tisu ada kat sebelah. Pendek kata tokey tisu tu kaya sebab ada pengguna cam aku ni la..hahaha.

Bermacam ubat dah cuba..semua tak jalan. Sampailah baru-baru ni aku diperkenalkan dengan Thymos Anti Sinus/Nasal Allergies Spray. Mula aku tengok macam pelik je..terpikir berkesan ke tidak ye. Tapi..bila dah guna terus jatuh cinta oiii..



Yang bestnya, Thymos Anti Sinus/Nasal Allergies Spray ni memang tak sama dengan produk-produk sinus yang aku guna sebelum ni. Spray ni tak payah korang nak spray 1 muka ke..spray dalam lubang idung ke..Thymos Anti Sinus/Nasal Allergies Spray ni cuma memerlukan korang spray kat baju macam perfume tu. Haaa..pelikkan bunyi dia? Tapi serious memang berkesan.

Thymos Anti Sinus/Nasal Allergies Spray 

Thymos Anti Sinus/Nasal Allergies Spray ni menggunakan teknologi 'groundbreaking self-sanitising' yang mampu membunuh kuman-kuman disekeliling kita ni.

Packagingnya pun comel dan mudah dibawa kemana-mana. Nak selit dalam poket seluar ke, nak letak dalam handbag ke memang senang sangat.

Thymos Anti Sinus/Nasal Allergies Spray ni adalah penyelesaian revolusioner yang berkesan mengurangkan alahan disebabkan oleh patogen. Dengan teknologi bebas alkohol dan bahan pewangi yang terbukti secara klinikal yang menghasilkan anion dan elektron bacteriostic untuk membentuk perisai mengatasi alahan sepanjang hari.

Setiap semburan tahan untuk 12 jam perlindungan tau! Sebab teknologi "Self Sanitizing" (pembersihan automatik) yang telah dipaten ini mengandungi mineral aktif berkualiti tinggi yang menghasilkan ion negative bakterostatik yang menyahfungsikan dan memusnahkan kuman-kuman, patogen dan allergen sebelum ia berpeluang menyerang. Mineral aktif ini akan cas semula secara automatik apabila terdedah kepada udara, maka sekali semburan boleh tahan 12 jam.




Cara Nak Guna Thymos Anti Sinus/Nasal Allergies Spray

Memang mudah sangat nak gunakan spray ni. Korang spray je macam pakai perfume..ekeke


  • Pakai macam perfume untuk meningkatkan antibodi
  • Spray pada bantal/katil untuk mengurangkan resdung
  • Sembur ke udara untuk melegakan segera dari kerengsaan.


Bagaimana nak dapatkan Thymos Anti Sinus/Nasal Allergies Spray ni?

Ok..korang boleh dapatkan Thymos Anti Sinus/Nasal Allergies Spray ni di Guardian berdekatan korang. Sekarang diaorang tengah offer harga pengenalan RM69.90 je (Harga asal RM75).



Atau pun untuk keterangan lebih lanjut korang boleh layari laman web Thymos ni di :
https://www.thymosglobal.com/


FB : https://www.facebook.com/thymos.uk/
IG : https://www.instagram.com/thymos.global

https://guardian.com.my/index.php/catalogsearch/result/?cat=&qthymos

Malaysian Distributor :
https://www.facebook.com/enapakmalaysia/









Post a Comment

16 Comments

  1. sama la,kalau la,boleh di cabut cabit hidung ni,kan senang..kena carik la allergies spray ni.

    ReplyDelete
  2. Menarik. .. Leh try. Geng Kak nina pun ada sinus

    ReplyDelete
  3. Ye bagus ni kalau ada sinusitis hehehe...

    ReplyDelete
  4. Senang sgt. Spray2 je. Sesuai utk org mcm ai yg malas2 ni. Hehehe

    ReplyDelete
  5. Nak beli kat anaklah, dia pun resdung. Asyik terbersin je tiap pagi, tapi takdelah tahap teruk lagi.

    ReplyDelete
  6. nanti Sal share dengan kawan yang ada resdung , tq Min sharing atleast boleh dipanjangkan pada kawan-kawan

    ReplyDelete
  7. Kalau hilang resdung rasa jerawat kat muka kurang tak?

    ReplyDelete
  8. Bestnye , mudah pun mudah .. qaseh rasa qaseh pun resdung always gatal2

    ReplyDelete
  9. saya pun kena guna jugak spray ni..hidung selalu problem especially waktu pagi

    ReplyDelete
  10. looks easy for carry anywhere.
    Shall let my sis know of this as she always sneeze!

    ReplyDelete
  11. bagusnya produk ni. memang kena dapatkan satu utk anak bujang kt rumah ni.

    ReplyDelete
  12. What a great solution for all who are suffering from sinusitis. I would love to inform my friends who are sufferers and see if they can enjoy the same relief.

    ReplyDelete
  13. This is really great. My sinus got solution d... I wanna hunt for this now.

    Racheal

    ReplyDelete
  14. This products looks great! Now I am having flu and really suffer with the sinus inside my nose and flame inside my throat.

    ReplyDelete