Aku dan Slipped Disc

Bercakap pasal slipped disc, semalam ada kawan-kawan dalam group blogger tanya tentang pengalaman aku. Sape yang follow aku mesti tahu yang awal tahun 2017 ni aku kena slipped disc. sebulan setengah juga aku terlantar macam orang lumpuh..ambil masa 3 bulan juga untuk aku boleh berjalan tapi kesannya masih terasa sampai ke hari ini.


Sebelum aku terangkan apa itu slipped disc, meh aku nak cerita sendiri pengalaman aku. Aku ingat sangat masa tu aku sibuk dengan pelbagai event. Aku kan ada produk aku Min'z Sambal Hitam Pahang tu jadi dulu aku memang sangat-sangat aktif dan gigih join event-event. Tahun 2016 semua event-event besar macam Perhimpunan Agong UMNO, Mood Republik, MAHA semua aku join. Memang tiada la erti 'rehat' dalam jadual kehidupan aku masa tu.

Masa mula-mula aku rasa sakit pinggang, aku di Hartamas Shopping joint event anjuran MARDI. Masa tu aku fikir mungkin sakit biasa-biasa je jadi aku abaikan. Lepas seminggu di Hartamas Shopping Center aku terus ke UKM, ada event juga kat sana jadi aku buka booth la. 3 hari di sana agak seksa la sebab berpanas berhujan..tambahan pula di kawasan pelajar jualan agak kurang hehe..masa di UKM aku rasa makin teruk pulak sakit aku..kali ni melarat rasa sakit di bahagian bawah punggung hingga ke jari kaki kiri. Aku mengadu dengan kakak yang sama join booth dan mak angkat aku Datin Lisa masa tu. Ingatkan sakit biasa-biasa, masa to mommy bagi minyak urut, jadi aku cuma sapu je la.


Masa kat Hartamas..kakak ni pelanggan setia sambal aku..kat mana-mana aku buka booth mesti dia datang sampaikan dia bawakan bekal sekali untuk aku..hehe..sedap gile dia masak..tq kak..

Hari terakhir di UKM, cam biasa aku kemas-kemas barang..bila namanya kemas of course la angkat semua barang-barang berat tu masuk kereta..pack semua kaunter booth, meja, kerusi dan yang paling berat stock sambal la. Balik tu aku dah rasa sakit yang sangat melampau. Dari Bangi ke Klang bukan dekat-dekat perjalanan..memang sakit tapi gagahkan diri memandu.

Esoknya kerana terlalu sakit aku mintak tolong suami panggilkan tukang urut..ye la..ingat sakit-sakit urat biasa je. Habis berurut rasa lega sikit..tapiiiiiii..lepas sejam ku dah tak boleh bergerak. Sakitnya masa tu Allah je yang tau. Belah kiri kaki rasa kebas dan panas..pinggang memang langsung tak leh pusing..aku stuck..macam orang lumpuh.



Sakitnya masa tu sampai tahap meraung. Aku bukan jenis yang suka menangis kalau sakit. Biasanya aku jenis yang suka lawan sakit tapi kali ni aku tewas..memang aku meraung. Kadang-kadang meraung tu sekuat hati sebab sakit aku ni sampaikan nak gerakkan sikit kaki dan badan pun tak boleh. Esoknya aku dah start terlantar. Makan minum semua bersuap. Suami pujuk untuk pakai pampers tapi aku tak nak jadi tiap kali nak ke toilet memang meraung. Cuma kuasa Allah, sepanjang sakit memang kurang rasa nak pergi ke toilet.

Macam mana mandi? sepanjang terlantar memang tak mandi la jawabnya..suami la yang lapkan badan. Masa tu memang rasa down sangat. 2 minggu aku nangis tak henti. Sedih, sakit, kecewa, insaf..semua perasaan bercampur baur. Masa tu ambulans ulang alik ambil aku tak yah kira la berapa kali. Keluar masuk hospital macam hospital tu rumah kedua la. Waktu tu hidup bergantung pada ubat tahan sakit kalau tak memang meraung je la ceritanya.

Dipendekkan cerita, bila dah lama terlantar..dah buntu macam mana caranya nak baik, nak boleh bangun, nak boleh makan sendiri sambil duduk..akhirnya abang dan kakak-kakak aku datang, kesian tengok aku, abang aku pujuk ajak ikut dia balik. Mula aku tak nak sebab memikirkan tak nak susahkan dia sekeluarga..anak-anak dia kecil lagi nanti kesian kakak ipar aku nak jaga aku macam orang lumpuh ni. Tapi bila abang aku kata 'jom la kita cuba berubat cara lain pulak'..tu terus aku setuju selepas dapat keizinan suami.

Dipendekkan cerita lagi..kat rumah Jerantut (rumah abang), cam biasa aku ulang alik hospital. Tapi dalam masa yang sama abang panggil sorang tukang urut, tapi bukan tukang urut biasa..dia tukang urut saraf. Dia cuma cari saraf yang sakit. Perghhh..memang sakit oiiii urut ngan dia. Menjerit-jerit sakit dibuatnya. Tapi Alhamdulillah..lepas 3 kali berurut dengan dia aku dah boleh bangun..dah boleh jalan sikit-sikit walaupun tak sempurna. Lepas tu selepas 2 bulan kalo tak silap aku dah boleh jalani kehidupan walaupun tak seperti biasa. 

Aku, bila dah kembali ke Klang..masih lagi teruskan buat rawatan fisioterapi dari pihak hospital dan masih lagi berulang alik cari tempat rawatan urutan saraf. Sebab jauh sangat nak ulang ke Jerantut, aku cuba cari area KL akhirnya aku jumpa 1 tempat yang sesuai dengan aku di Shah Alam iaitu Al Amin Terapi Saraf

Lama ke ambil masa nak baik? Terus terang, baru sebulan ni aku boleh kembali solat berdiri. Sejak baik hari tu aku belum mampu solat berdiri..biasanya aku solat duduk. Dan sampai sekarang saraf aku masih tertekan sebab dua jari kaki kari sebelah hujung masih lagi kebas sebab tu kalau siapa yang perasan, akan perasan yang aku jalan masih lagi sedikit hencot..lom stabil lagi berjalan  tapi Alhamdulillah tu tidak menghalang aku untuk berjoging dan buat aktiviti lasak seperti jungle trekking macam yang aku buat di Tanah Aina.

Apa itu slipped disc?

Slipped disc ni adalah satu istilah perubatan yang merujuk kepada kecederaan yang biasa berlaku pada tulang belakang. Secara jelasnya..slipped disc bermaksud disc pada tulang belakang terbonjol atau tergelongsor keluar sehingga menekan urat saraf pada saraf tunjang.



Tulang belakang manusia ni terdapat 'jelly-like-structure' yang dipanggil disc. Disc ni berfungsi sebagai kusyen pad atau pelindung diantara tulang-tulang pada tulang belakang. Disc ni stabil kerana terdapat ligament yang tebal disekeliling tulang belakang.

Jadi..bila disc terkeluar..ha..memang la sakit. Jangan tak tau..slipped disc ni boleh menjadikan kita lumpuh juga tau. Jadi jangan pandang remeh tentang slipped disc ye kawan-kawan.


Apakah punca slipped disc?

Proses penuaan atara punca berlakunya slipped disc dimana ligament yang memegang disc menjadi lemah dan sekiranya terdapat tekanan atau tergeliat sedikit pun, ia mampu menyebabkan gel disc tersebut pecah.

Jadi..adakah sebab penuaan je terjadi slipped disc?? oh TIDAKKK sebab aku belum tua lagi wakakakaka..sebenarnya slipped disc ni boleh terjadi bila kita :-
  • Membongkok terlalu lama
  • mengangkat beban yang terlalu berat
  • Cara mengangkat beban yang salah
  • Duduk atau baring dalam posture badan yang salah
  • Cara memandu (cara duduk ketika memandu atau menunggang motor yang salah)
  • Berat badan berlebihan
Sakit tak kira umur tau..jadi jaga la kesihatan..ubah cara mengangkat berat, cara duduk mahupun cara berdiri. Jaga berat badan juga sebab berat badan yang berlebihan juga menyumbang kepada terjadinya slipped disc ni sebab tulang tak mampu menampung berat badan kita. Sebab tu sekarang aku jaga sangat pemakanan dan cara hidup..bersenam itu penting sangat.



Hikmah sebalik kejadian?

Memang banyak yang aku pelajari. Sekarang aku belajar untuk rasa lebih bersyukur sebab aku dah alami rasa azab ketika sakit, aku belajar untuk lebih hargai kesihatan aku, aku belajar untuk hargai orang sekeliling aku terutama keluarga sebab tanpa mereka aku tak mungkin seperti sekarang..mungkin aku masih lagi terlantar.

Apa pun, marilah kita sama-sama hargai kesihatan kita. Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara..



Post a Comment

25 Comments

  1. terima kasih kakmin. kongsikan pasal punca slipped disc.

    ReplyDelete
  2. kawan fatin ada sakit ni, tapi alhamdulillah dia boleh buat kerja cumanya xboleh buat benda berat. Kesian sebab merata cari tempat nak berubat.

    ReplyDelete
  3. memang bahaya kena serangan slip dics..ema pernah kena sekali masa nak mandi,tetiba terus tangkap sakit pinggang..merangkak keluar dari bilik air.. berurut tak jalan..last-last pergi cucuk..

    ReplyDelete
  4. My brother in law ade jgk slip disc and kalau kena tu, memang kena gi hospital, cucuk..

    ReplyDelete
  5. Alamakkk seriau nyaaaaaa. K azni x tau plak min pernah kena slip disc. Take care tau min

    ReplyDelete
  6. Ya Allah..x dpt bayangkan sakit dia, yang alami sahaja yg tahu kan. Ada kwn pun kena jugak, now dia selalu buat physio

    ReplyDelete
  7. Husband sy br diberitahu dia ada slip disc. Ms di mula2 knl dia cam terjatuh kat bilik air. Sedih sgt tgk dia mengerang bila sakit tubdtg. Skrg ni buat fisio dan urutan tilam caragem. Nmpk makin ok

    ReplyDelete
  8. Sungguh kuat semangat u sis. Terima kasih berkongsi pengalaman dan info ye. Akan selalu ingat 5 perkara sebelum 5 perkara

    ReplyDelete
  9. Selalu dengar tentang penyakit ni. Aduh, sakitnya lah boleh bayangkan. Takut pula sebab sekarang ni memang selalu sakit2 belakang tapi on-off. Ni pun dah tak pakai heels dah. Bila berdiri lama kat dapur siang sayur masa memasak pun rasa sakit. Takutlah pulak kita. TQ for your sharing.

    ReplyDelete
  10. This is such an interesting topic about spinal cord. My cousin have a problem in her spinal and I think she need to see your post. It will help her a lot. Glad you share this.

    ReplyDelete
  11. Memang kena jaga postur kan dan hati-hati. Ayah ada slip disc ni kak. Boleh suruh pergi Al Amin Terapi Saraf tu nanti.

    ReplyDelete
  12. i have a disc problem as well.. tapi x sampai slip discla... cume kurang cecair kat disc.. huhu

    ReplyDelete
  13. Omg... bahaya nyer sekira angkat barang terlalu berat atau guna cara yang salah. Nasib baik boleh sembuh, take care and get well fully ya.

    ReplyDelete
  14. Thabks for sharing these information, very helpful! I will share this to my Mom and family.

    ReplyDelete
  15. this is definitely not fun at all and can be very painful... thanks for all the info... next time I know what it is all about

    ReplyDelete
  16. Very sorry to hear of the pain and suffering you went through. At the same time, appreciative of this information you shared and personal experience. May we be free from pain and suffering!

    ReplyDelete
  17. Slipped disc memang sakit and many things can't be done... so better know how to take care our posture before it happens and avoid carry heavy things as well

    Racheal_Foodilifecious

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum..
    Saya Amir mahmud..
    Pernah merawat beberapa pesakit slipped disc dgn bekam darah..alhamdulillah..pesakit kembali normal..Saya galakkan puan cuba rawatan bekam darah..insyaallah sembuh..hubungi 01136674070

    ReplyDelete
  19. kak boleh sy dapatkn no talifon tukang urut tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf dik, orang yang urut akk tu dah meninggal 2018..maaf ye

      Delete
  20. unikltipupelajar.blogspot.com

    ReplyDelete
  21. Memang sakit kalau kena slip disc

    ReplyDelete