Takahiro Shiraishi Pembunuh Bersiri Jepun 2017

Selasa lepas (2 Nov 2017) dunia dikejutkan dengan berita penangkapan seorang pembunuh bersiri di Jepun.

Takahiro Shiraishi Pembunuh Bersiri Jepun 2017
Takahiro Shiraishi, 27 tahun (gambar ehsan google)

Kehilangan seorang wanita bernama Aiko Tamura, 23 tahun telah membawa polis kepada penemuan 9 mayat tanpa kepala dan 240 tulang manusia di kediaman Takahiro Shiraishi, 27 tahun di Zama, Kanagawa di mana 8 daripadanya adalah wanita.


Sewaktu polis meneliti rakaman cctv, kelibat Takahiro Shiraishi terlihat sebagai orang terakhir yang berjumpa dengan Aiko Tamura. Jadi polis mula menyiasat dan pergi ke rumah Takahiro ni. Di situlah polis mula menemui mayat-mayat mangsa. Pada mulanya polis menemui 2 kepala dalam kotak penyejuk depan pintu masuk rumah Takahiro sebelum menemui mayat-mayat yang lain.


Bagaimana Dia Mencari Mangsa?



Takahiro mencari mangsa melalui twitter. Takahiro akan mencari mangsa yang memuatnaikkan status yang menggambarkan keinginan untuk membunuh diri. Dia akan menghubungi mangsa dan memujuk mangsa berjumpa dengannya sebelum mangsa diberikan ubat tidur dan dibunuh.


Kesemua mangsa kemudiannya akan dipenggalkan kepalanya, badan mereka dipotong menggunakan gergaji di dalam bilik airnya dan kemudian daging mangsa akan dilapah dan dicincang. Daging yang dicincang sama ada akan disimpan dalam peti beku atau akan dibuang ke dalam tong sampah.


Abang mangsa terakhir yang hilang iaitu Aiko Tamura telah menemui nama Takahiro di dalam akaun twitter adiknya di status terakhir Aiko Tamura yang berbunyi "Mahu mati tetapi takut mati bersendirian". Penemui itu juga yang membawa penangkapan si pembunuh bersiri yang kejam ini.


Takahiro digambarkan sebagai seorang budak yang pendiam namun bergaul baik dengan jiran tetangga. Takahiro sebelum ini tinggal bersama bapa dan adiknya di kediaman mereka yang tidak jauh dari tempat kejadian. Namun pada 22 Ogos lepas dia telah meminta kebenaran daripada bapanya untuk berpindah keluar dan hidup sendirian setelah dia dikatakan menemui minat baru dalam hidupnya.


Takahiro disyaki mula membunuh sejak itu dan menjadikan alasan status mahu membunuh diri di twitter mangsa sebagai motif pembunuhan. Dia menggambarkan dirinya sebagai seorang yang dapat membantu mangsa merealisasikan keinginan mereka untuk mati.


Takahiro Shiraishi Pembunuh Bersiri Jepun 2017
Rumah di mana mangsa dibunuh, dipenggal dan dicincang (gambar ehsan google)





Post a Comment

5 Comments

  1. Orang nampak introvert pun x leh buat main2.

    ReplyDelete
  2. Zaman ni dan di negara moden pun masih ada orang macam ni..

    ReplyDelete
  3. Gempar kejap kan...manusia makin hilang pedoman dan kemanusiaan

    ReplyDelete
  4. I love to read such scary stories .. Suddenly your blog has become really interesting for me. I leave the article with this tag for reading before bedtime - then I will tell my younger sister, she is my coward

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, thanks for reading my blog..really appreciated it. Hope u’ll enjoy with my writing

      Delete