Nak kurus kena gigih..

by - October 03, 2017


Aku sekarang memang gigih berusaha menjaga makan. Cam selalu aku bagi tau..bukan lah nak cutting supermodel tapi untuk pastikan kesihatan terjamin. Nak cakap bab kurus, aku muda-muda memang berat 47kg je..zaman sekolah orang panggil aku bini popeye..tu dulu..haha..
Kenapa aku sekarang gigih jaga pemakanan? hurmm..sebab aku dah serik sakit terlantar masa kena slipped disc awal tahun aritu. Bila doktor nasihatkan untuk turunkan berat badan, terus aku patuh. Tak sanggup dah rasanya nak alami kesakitan yang sebegitu rupa sekali lagi.

Tapi..nak kurus memang kena gigih. Tak boleh malas..kena rajin. Aku agak jengkel dengan orang yang asyik merungut 'bila la nak kurus' atau selalu komplen diri sendiri time tengok cermin sedangkan langsung tak ada usaha kearah nak kurus. Lebih percaya pada pil-pil nak kuruskan badan kononnya. Percayalah..tak ada jalan singkat untuk kurus. Nak kurus perlukan komitmen dan istiqomah. Cam aku memang tak rajin sangat nak exercise tapi aku akan pastikan dalam seminggu tu atleast 1-2 hari aku buat senaman cam jogging atau swimming. Dari segi pemakanan aku memang sebolehnya skip makanan dan minuman manis. Kadang-kadang ada jugalah aku cheat sikit-sikit, tapi aku akan pastikan seminggu sekali je boleh cheat amik makanan manis (minuman manis aku memang tolak). Aku tak la mengamalkan strict diet tapi percayalah..bila korang kurangkan amik minuman atau makanan manis berat korang mesti akan turun. Nasi pulak aku amik sekali seminggu..tu pun dalam portion yang sikit. Tapi aku banyakkan ambil sayuran atau ulaman. Cam aku memang sukakan ulaman, kekadang pucuk betik pun aku tibai (peberet sebenarnya walaupun pahit). Hari-hari aku cuma minum air mineral dan green tea je..sesekali terlepas gak milo kosong (pastikan kosong tanpa gula & susu)






kebanyakan hari aku amik roti je..hari-hari sandwich hahah cuma berlainan inti. Kekadang aku bakar ayam jadikan inti, kekadang gorengkan daging dengan olive oil (jarang gile amik daging tp sesekali terlepas gak), kekadang wat sandwich telur..ikutlah kekreatifan masing-masing supaya tak jemu makan benda yang sama je. Tapi side dish aku memang pastikan ada sayuran atau buah-buahan. Dan biasanya Bfast/lunch box yang aku selalu post kat FB & IG aku tu..tu la makanan aku seharian. Malam biasa aku tak makan tapi kekadang rasa nak mengunyah aku kunyah je tomato ceri. Sesekali buat gak milo panas kosong (tanpa gula @ susu) dan cicah biskut weetameal tu.




Tu cara aku..tapi memang berkesan. Aku memang sentiasa timbang untuk tengok perubahan kilo. Tapi aku memang perasan, kalau minggu tu aku ada ambil makanan manis sure berat badan naik. Sebab tu aku sebolehnya tak ambil makanan manis. Sekarang pagi sebelum bfast aku akan bancuh ACV (Apple Cider Vinegar) dengan madu..minum masa perut kosong. Bagi yang nak cuba turunkan berat badan tapi tak nak buat strict diet boleh lah cuba cara aku ni..tapi pastikan anda rajin..





You May Also Like

12 comments

  1. Nak kena selalu buat sanwich lah macam ni.. menu diet mudah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh tu la tapi guna roti yg gandum ni ek

      Delete
  2. Setuju..lebih bagus kurus secara sihat. Jgn terlalu nak cepat kurus sampai makan ubat cepat kurus yang kebanyakan boleh membahayakan kesihatan.

    Terbaik sis..

    ReplyDelete
  3. Akak hari2 makan sandwich buat dengan roti wholemeal..badan dh membadak ni kena disiplin diet...

    ReplyDelete
  4. Saya pun sama gak sedang busy menurunkan berat badan untuk kesihatan diri. Almaklum dah makin berusia, makin susah nak turun berat kan

    ReplyDelete
  5. Egg white always good as it has zero calories and recommended for diet. But tak lezat tanpa egg yolk yaa :D

    ReplyDelete
  6. Saya pun sedang berusaha kurang kan berat badan bukan pasal nak lawa. But overweight and my knee and leg really cannot support. isk isk isk

    ReplyDelete
  7. memang susah sangat nak kurus! takde disiplin utk jaga diet =(

    ReplyDelete
  8. I have a hard time losing weight as well. I try to eat healthier but I eat a lot of junk food as well. Will try to eat less now. thanks for this

    ReplyDelete
  9. Nak kurus juga. Tapi x gigih langsung.

    ReplyDelete
  10. I don't think I have the determination like you! The meal you prepare looks really good =)

    ReplyDelete
  11. I pun nak cuba kurus macam ni lah... tengah makan hati dan makan diri pun.. rasanya boleh kurus tak

    ReplyDelete