Jom Bercuti Ke Penang Bersama Traveloka

by - September 19, 2017


Jika anda mencari destinasi percutian yang mempunyai pantai pasir putih berserta laut yang nyaman tetapi tidak mahu meninggalkan segala kemudahan bandar yang moden, anda tidak akan kecewa memilih Pulau Pinang sebagai destinasi percutian seterusnya.



Pantai yang indah boleh dijumpai di Tanjung Bungah yang terletak di antara Gurney dan Batu Ferringhi dan hanya 30 minit saja jika anda memandu dari Georgetown. Pantai ini merupakan destinasi popular di Pulau Pinang dan menjadi meriah dengan pelancong pada musim cuti sekolah. Ini kerana di sini terdapat banyak aktiviti sukan air sesuai untuk seisi keluarga seperti Jet Ski, Banana Boat dan Parasailing.



Kalau anda ingin tahu tentang budaya dan cara hidup kaum Peranakan anda boleh ke muzium Pinang Peranakan di George Town. Di sini terdapat beberapa pameran yang menunjuk kehidupan harian kaum peranakan seperti baju tradisional dan jenis perabot yang digunakan untuk menghias rumah mereka. Reka bentuk dan susunan perabot yang dilihat di dalam bangunan ini berjaya membuat anda rasa seperti kembali ke zaman peranakan dahulu.  



Tahukah anda terdapat 370 jenis buah –buahan yang boleh dimakan di Malaysia? Kalau anda nak merasa buah-buahan tempatan yang aneka jenis datanglah ke Tropical Fruit Farm Penang. Destinasi Agro Tourism ini terletak di Teluk Bahang ini mempunyai keluasan 25 ekar dan dibuka untuk memelihara baka buah-buahan exotic yang terdapat di negara kita.
Kerana kedudukannya yang strategik Pulau Pinang ini antara tempat terawal yang jatuh ke tangan penjajah British. Tempat terbaik untuk anda belajar sedikit mengenai zaman gelap ini adalah di Muzium Perang Pulau Pinang.
Sebelum ia diubah suai menjadi muzium, asalnya tempat ini berfungsi sebagai kubu dan kem kerajaan British semasa perang dunia kedua. Di dalam muzium ini anda dapat bersiar sambil melihat pelbagai pameran dan bangunan peninggalan tentera british seperti bilik yang digunakan untuk menyiksa tahanan perang dan tempat mereka menyimpan senjata.


Kepada mereka yang lebih gemar aktiviti lasak jangan lepaskan peluang untuk ke Escape Theme Park Pulau Pinang. Terletak berhampiran dengan kawasan Batu Ferringhi Ia merupakan tempat dimana anda dapat membuat aktiviti lasak diatas pokok seperti, Monkey Busines (memanjat), Flying Lemur (ZipLining), Atan Leap (Bungie Jumping), dan untuk mereka yang gayat, belajar memanjat pokok kelapa.  



Sempena festival Georgetown, beberapa bangunan lama di bandar itu dihiasi dengan lukisan artist jalanan Ernest Zacharevic. Lukisan yang berbagai konsep ini dapat dilihat bukan di beberapa tempat sekitar Bandar Georgetown. Hasil karya beliau unik kerana ia menceritakan kisah hidup harian penghuni pulau tersebut.  


Jika anda ke Penang dan tidak tahu hotel mana yang ingin anda tuju? Hotel Equatorial Penang
adalah jawapannya. Terletak 250 kaki di atas paras laut, Hotel Equatorial Penang menawarkan penginapan dengan WiFi percuma dan kolam renang luaran sepanjang 50 meter. Para tetamu boleh ke Lapangan Terbang Antarabangsa Penang, kedua-dua Jambatan Pulau Pinang dan hab perdagangan yang sibuk di Bayan Lepas dengan mudah. Ia terletak 20 minit memandu dari bandar warisan UNESCO, George Town melalui lebuh raya.

Bilik-bilik dan suite serba lengkap yang dihias indah ini menawarkan kemudahan yang pelbagai dari bar mini hingga TV protokol internet (IPTV) yang menyediakan filem atas permintaan di bilik secara percuma. Semua bilik menyediakan balkoni individu.


Pilihan riadah termasuk kemudahan pusat kecergasan yang serba lengkap, urutan dan spa, skuasy tertutup, tenis luaran, serta kawasan mendaki dan laluan berlari-lari anak yang terletak berhampiran. Ia juga mempunyai perkhidmatan ulang-alik sehala percuma ke pusat beli-belah utama, pantai Batu Feringgi dan bandar warisan di George Town. Bersebelahan dengan hotel dan boleh didapati dengan mudah adalah Kelab Golf antarabangsa Penang 18 lubang.


Pilihan tempat makan termasuk masakan Perancis di The View, hidangan istimewa Kantonis/Szechuan di Golden Phoenix, makanan Jepun yang lazat di Kampachi, masakan antarabangsa serta tempatan di nada lama dan lounge tepi kolam renang di nadaba.

So jika anda tak mahu buang masa, jom menempah bilik anda sekarang dengan traveloka,jaminan jimat berbaloi-baloi. Tunggu apa lagi? klik aje www.traveloka.com
cepat book hotel Equatorial Penang online untuk dapatkan harga yang terbaik.


You May Also Like

20 comments

  1. Mmg selalu jer book dgn traveloka cuma kalau g penang mmg tak dok hotel sbb kg mertua kat penang... heheh

    ReplyDelete
  2. Wahh bestnya! Boleh booking nanti nie

    ReplyDelete
  3. suke sangat pergi penang! jom book dengan traveloka.

    ReplyDelete
  4. Best yer holiday penang! Macam2 ada. Tak pernah lagi stay di Equatorial, macam best jer, next time leh booking sini.

    ReplyDelete
  5. hati2 g penang klu melalui jambatan kak. ada banyak air.. kt bawah jambatan. kihkih.. Syiok apps ni. Tapi tak pernah cuba lagi. teringin lak sekali nk stay penang. Umah dekat sp.

    ReplyDelete
  6. penang tak jemuu nak turun sana

    ReplyDelete
  7. bestnyaaa... suka gi penang. tak jemu. banyak tempat best

    ReplyDelete
  8. Lamanya dah tak pi Penang. Nanti nak tengok jugaklah kat traveloka kot ada promosi menarik ke sana.

    ReplyDelete
  9. Lama giler jugak la tak ke Penang..mesti dah bnyk pembaharuan...nak ajak Mr Hubby cuti sekolah nti..

    ReplyDelete
  10. Bestnya jalan jalan penang... ingat2 last ke penang tahun 2008 pastu tak pergi2 lagi...

    ReplyDelete
  11. Suka book ngan Traveloka. All in one.
    Dari Hotel hingga flight pun ada

    ReplyDelete
  12. Cuti sekolah nanti boleh la plan pergi sana.. Lagipun dah mudah ada Traveloka ni..

    ReplyDelete
  13. tak pernah jejak penang lagi .. uhuhuhu

    ReplyDelete
  14. Mmg best guna traveloka cpt dan mudah

    ReplyDelete
  15. Memang plan nak kesana pun, bagusnya apps travelokaaa!

    ReplyDelete
  16. Ni nak plan cuti ke Langkawi , nak survey kat Traveloka .. penang ermm rindunyaa

    ReplyDelete
  17. Tetiba rasa nak balik Penang, makanan sedap sedap banyak aihh

    ReplyDelete
  18. nak paln cuti dengan traveloka

    ReplyDelete