Beijing Oh Beijing

by - September 13, 2017

Tadi dok belek-belek gambar lama kat FB, ternampak pulak gambar masa ke Beijing lama dulu..lama dah tahun 2013, maka terimbau la kenangan..ekeke..tapi banyak lagi gambar tapi aku simpan mana pun dah lupa. Jadi aku share mana yang ada je la ye. Aku nak share juga cerita dan sedikit tips kalau nak ke Beijing sebab hahaha..hati-hati kat sana ramai penipu. Terutama ketika korang tengah syok nak shopping..penjual kat sana memang kaki belit. Tapi paling ketara penipu ialah di kedai jed..perghhh tu memang pakar penipuan jadi hati-hati. Ok jap lagi aku cerita kenapa.

Aku gi Beijing tahun 2013, masa tu musim sejuk. Paham-paham je la kan kalau musim sejuk tu camne..sejuknya sampai menusuk tulang. Kalau tak silap masa hari terakhir aku kat sana suhunya cecah sampai -3 darjah celcius. Aku pergi berdua dengan kakak aku masa tu, kami ambil pakej muslim travel..pakej aku amik ni memang tip top. Best sangat dan semua yang join pun sangat menepati masa.

Aku tak ingat sangat sebenarnya susunan kami dibawa ke mana tapi aku ingat lah beberapa tempat yang kami lawati, antaranya :

1. Summer Palace (Istana Musim Panas).
Ni memang wajib pergilah. Summer Palace ni terletak di pinggir bandar Beijing, kira-kira 15km mengikut lebuhraya dari ibu kota Beijing. Kawasannya luas di tepi Tasik Kunming, dibina semasa Dinasti Jin (1644-1911) oleh Maharaja Qinlong pada 1749. Pada 1860 sebahagian bangunan hancur akibat perang Anglo-Perancis (1960). Pada tahun 1886 dibangunkan semula mengikut arkitektur klasik China dan diberi nama baru 'Yihe Yuan'.
Aku dengan kakak aku suka sangat pergi tempat ni sebab kami peminat cerita-cerita tentang maharaja China..jadi sempatlah kami berangan-angan kat sana..hehe..masa aku pergi ni musim sejuk..tasik kat sini sampai beku..nampak ais je semua atas pemukaan tasik


Nampak je macam tasik tu ada air..sebenarnya air tu beku

2. Forbidden City (Kota Larangan)
Kota Larangan ni merupakan istana rasmi bagi maharaja China sejak Dinasti Ming sehinggalah ke dinasti terakhir iaitu Dinasti Qing. Terletak di tengah-tengah kota Beijing yang kini menempatkan muzium istana. Perghh..besar nak mampus kawasan istana ni. Cam biasa oleh sebab aku dan kakak aku peminat sejarah China maka kami berangan-angan berada pada zaman tu..hahaha..


Ni Bilik kerja Maharaja

3. Dataran Tian An Men
Dinamakan sempena Tiananmen yang bermaksud Pintu Damai Syurga yang terletak di arah utara dan memisahkan dataran ini dari Kota Larangan. Dataran ini sebagai lambang kebudayaan kerana pernah menjadi tapak peristiwa-peristiwa terpenting dalam sejarah China


4. Great Wall of China (Tembok Besar China)
Merupakan 1 siri kubu China yang dibina sekitar 200 SM dan diperkukuh antara akhir abad ke-14 sehingga permulaan abad ke-17 semasa Dinasti Ming untuk melindungi utara China daripada serangan puak Mongol dan Turkik. Aku memang tak naik habis..panjang nak mampus. Naik separuh je dah semput..selebihnya tangkap gambar dan pergi cuba pakaian maharani China hahaha..





5. Qianmen Street
Seingat aku ni kawasan bershopping khas untuk pejalan kaki. Terletak berdekatan dengan Dataran Tian An Men. Banyak kedai-kedai terdapat sepanjang Qianmen Street ni.


6. Tempat pembuatan kain sutera
Ok yang ni seriously aku tak berapa ingat sangat tempatnya. Tapi kat sini ditunjukkan macam mana cara benang sutera dihasilkan dan pembuatan kain sutera. Ada dijual kain-kain sutera jugak kat sini tapi seriously corak dia sangat tak cantik..pada aku coraknya 10 tahun kebelakang..kita punya corak lagi cantik-cantik



7. Pusat Akrobatik
Yang ni memang paling menarik..aku suka tengok persembahan diaorang. Memang kagum sangat-sangat tapi tu la bila baca bagaimana diaoarang ni mengalami kesusahan untuk latihan kesian pulak. Tapi memang sangat-sangat terhibur


Selebihnya kami dibawa banyak ke Shopping Mall. Ok ni nak pesan..kalau nak shopping kena pandai tekan harga sebab kalau tak memang diaorang sembelih leher kita gila-gila. Cuma kena ingat, penjual diaorang ni suka marah-marah orang..hahaha..kalau dah tawar-tawar harga lepas tu tak nak beli..haa..jaga la memang korang kena marah kaw-kaw nanti. Selain tu kami juga dibawa ke kedai jed, memang rambang mata tapi hati-hati tau. Diaorang ni semua penipu. Masa aku pergi tu kononnya adalah anak bos, datang cakap bahasa melayu kononnya mak dia berasal dari Malaysia. Oleh sebab yang datang adalah pelawat dari Malaysia dia akan bagi harga giler punya murah dengan diskaun berpuluh-puluh % la. Jangan terpedaya ye kawan-kawan. Tu semua penipu. Hari ni orang lain, esok orang lain, lusa orang lain pulak anak bos tu tapi dialog tu sama je..hahaha..pastu jed yang dia jual murah tu memang jed paling tak berkualiti.

Tapi apa yang best tentang travel agent kami (Ukhwah Harmoni), selain menepati masa, masa kami padat dengan aktiviti berjalan..diaorang juga akan bawa kami solat ke masjid-masjid berlainan di bandar Beijing ni. memang seronok sangat. Masjid diaorang tak sama dengan masjid kita..masjid diaorang mengekalkan ciri-ciri bangunan China.


Kami sempat jugak melawat stadium berbentuk sarang burung, selebihnya acara makan-makan la kannn..tapi kan..hurmm sepanjang 6 hari 5 malam kat sana tekak aku tak berapa nak boleh telan masakan diaorang..nape tah..padahal aku bukan la cerewet sangat bab makan. Aku paling suka cuba makanan di negara orang. Tapi masakan mereka memang tak kena sungguh dengan tekak aku. Ada sekali tu aku makan nasi goreng tapi nasi goreng tu rasa kambing..hahaha..sudahnya menempel la dengan makcik-makcik yang bawak sambal dari Malaysia (gile tak malu).

Oh ya..tak lupa kami dibawa ke kedai teh. Ni pun menarik..diaorang hidangkan pelbagai jenis teh untuk kita cuba. Tapi aku tak leh telan teh Oolong tu sebab rasa dia pelik sket hahah tapi tu la teh paling mahal. Aku dengan kakak aku beli teh rasa oren kalo tak silap. Pastu kami beli teko diaorang yang gambar naga..menarik sebab bila letak air panas kaler naga tu akan bertukar..hehe..


Aku tak ingat nama tempat ni tapi ni tempat nak main ski..hehe..aku tak main pun

Makanan ni semua nampak menyelerakan kan? tapi tekak aku tak leh terima..nampak tak muka aku masam je tu? hahah..nampak tak kakak aku cam jeling-jeling je makanan makcik sebelah? hahaha

Stadium Nasional Beijing berbentuk sarang burung
Ni time nak balik da..aku demam hari last tu

Oh ye..tandas-tandas kat sana tak ada paip tau..sama macam kita gi Singapore. jadi pandai-pandai la korang nak seludup air camne..sebab kalau jaga diaorang nampak nanti kena marah bawak air. Tandas diaorang bersih tapi bau hancing sangat. Kecuali tandas-tandas di hotel..memang bersih tak ada bau hancing. Ni pengalaman aku la..tak tau la kalau pengalaman korang lain pulak..hehe





You May Also Like

4 comments

  1. Bagus citer detail mcm ni min...terbuka sikit mata agen mana yg direkomen dan tandas tu hahaha...take note

    ReplyDelete
  2. Susahnya tandas takde air, huhuhuu!

    ReplyDelete