Syurga peminat seafood

Hari Ahad lepas aku berkesempatan untuk berbuka puasa dengan mak angkat aku kat Hokkaido Seafood Restaurant yang terletak betul2 berhadapan dengan Vistana Hotel Kuala Lumpur.

Bagi peminat-peminat seafood..kat sini lah syurga makanan korang. Ekekeke..aku memang peminat tegar makanan laut. Sangat2 suka sampai rasa ketar kepala bila teringat pasal seafood hahaha plak2 bulan2 pose ni kan..seyes kecur air liur.

Aku & mommy aku aritu order Salted egg crab, buttered prawn, broccoli with black mushroom & daging rusa black pepper.. perghhhhh seyes makan sampai tak henggat donia u olsssss..plak2 aku memang suka gile apa2 yang salted egg ni so bila makan ketam yang besar2 dan penuh isi memang rasa nikmat sangat. Korang bayangkan camne rasa isi ketam yang pejal,manis & segar disaluti telur masin..arghhhhh sampai sekarang aku tak boleh nak move on dengan rasa yang mabeles tu.

Buttered prawn dia plak..memang tak terkata sedapnya..ya Allah sarangnya (aku panggil habuk2 telur & butter tu sarang) seyes sedap & ranggup giler. Berpuluh2 restoran aku gi tapi ni antara yang terbaik la untuk masakan buttered prawn ni.

Broccoli & black mushroom plak aku rasa aku lebih suka yang kat Restoran Mohd Chan. Sedap tapi lebih sedap yang Restoran Mohd Chan masak. Daging rusa black pepper plak..haaa..ni memang sedap. Daging dia lembut je tak liat langsung. Kecur air liur aku tengah update blog ni hahahahaha. Hari tu aku minum 2 gelas fresh orange..hahaha..ye..2 gelas..tak yah nak terkejut sangat wakakaka.. sebab aku asyik meratah, perut penuh so fresh orange yang sangat sedap tu sangat2 membantu hahaha..harga pun not bad laaa..untuk makanan sepenuh meja, menu 4 jenis lauk, nasi 2 mangkuk, fresh orange 2 & 1 air kelapa harga RM195..seyes sangat berbaloi.




Sape2 nak cuba sila la buat tempahan awal terlebih dahulu sebab kat sini memang gile2 ramai orang. Kalau tak wat tempahan nampaknya memang tak ada tempat la. Nah ni alamat & no fon untuk memudahkan korang nak wat reservation.

Hokkaido Seafood Restaurant
68, Jalan Lumut, Titiwangsa Sentral,
50400 Kuala Lumpur
No. Tel : 03-40411316

Eh..eh lupa plak nak cte.. tengah2 makan tu tetibe aku nampak kawan sekolah menengah dulu..hahaha..hepi siot dapat berjumpa tapi kejap je jumpa sebab time tu dia sibuk baru nak makan aku plak tengah sibuk mengopek kelit ketam hahaha..sempat peluk2 je tak sempat nak selfie. Hajatnya lepas makan nak gi cari dia untuk selfie tapi pastu cari2 tak jumpa dah..hahaha..

Haaa..tengok kulit ketam ni..ni yang dalam pinggan aku tau..hahah..jadi korang boleh bayangkan betapa busynya aku mengopek kulit ketam ni time jumpa kawan sekolah aku tu hahaha..




Post a Comment

0 Comments