Penyelamat

Pernah tak korang alami..saat korang susah atau sedih tiba2 ada yang dtang tolong korang?
Muahaha itu yang aku alami hari ini. 2-3 hari ni aku mmg down sikit dengan pelbagai perkara. Ditambah dengan demam selsema yang teruk. Aku pulak jenis yang kalo ada problem aku lebih suka tido je haha..malas nak pikir sgt masalah. Tgh aku syok2 nak amik mood nak tdo tiba2 wssap masuk menderu, aku bgn tgk ada msg dr orang yg banyak tolong aku dlm urusan bisnes. Tanya aku pasal bisnes. Aku reply..sambil aku bgtau aku perlukan bantuan geran dari segi mesin. Tiba2 dia mintak sebut harga barang2 yg aku perlukan. Kebetulan mgg lps aku mmg ada mintak quotation mesin2 yg aku perlukan so aku terus la bg dia harga yg aku dapat. Alhamdulillah dia kata dia akan tolong sebaik mungkin. Syukur tak terhingga aku rasa.

Itu kisah pertama. Petang pulak aku tgh lepak tgk tv di ruang tamu. Demam plak tak tahu la kenapa susah sgt nak baik kali ni. Dah mcm2 ubat laki aku beli tp semua tak jalan. Hari ni aku sorang je kat umah. Hasben gi site tgk projek2 dia. Tiba2 aku dgr ada org bg salam. Aku buka pintu tgk jiran depan rumah yg dtg. Dia kata dtg melawat aku sebab dia tau aku demam. Dia bawakan aku ubat. Ya Allah terharu sungguh aku rasa. Ubat yang dia bawa tu aku makan, alhamdulillah memang lega.

Dari kedua2 cte aku td, aku mula sedar sesuatu..Allah memang sayang hamba2NYA. Saat DIA tau aku kecewa,aku sedih dan aku sakit..dia hantarkan aku seseorang untuk membantu aku. Buat aku tersedar..apa lagi yang aku mahukan dalam hidup ini? Ada Allah untuk aku sebenarnya sudah lebih dari cukup. Kita sebenarnya tak perlukan apa2 atau siapa2 dalam hidup ini utk bergantung melainkan Allah.. ya Allah ampuni aku kerana pernah persoalkan kenapa aku yang diuji..ampunkan aku ya Allah.

Post a Comment

10 Comments

  1. semoga kita semua istiqamah dan D
    A
    D
    A

    di awal allah , di akhir allah

    ReplyDelete
  2. Alhamdullillah bersyukur dgn nikmtNya

    ReplyDelete
  3. Dalam kehidupan sepatut kita bersyukur dengan ape yg ada disekeliling kita..

    www.cikza.com

    ReplyDelete
  4. bila buat baik dan jgn harapkan balasan org ...pastu redha dan senyum dengan ujian darinya ....kadang ada rasa nak mengeluh tapi teringat ujian nabi2 dan rasul2 terdahulu apa sangatlah ujian kita yg sekarang ini..

    kan kan kan

    ReplyDelete
  5. p/s : hi.. sy dtg untuk blogwalking n sy dh follow blog awk ni.. :D lau sudi.. silalah follow balik blog sy ye..nk minx tolong sikit boleh? Boleh tlg check x sama ada blog bru sy ni www.1001petua.com berat atau ringan ye.. Mksud sy.. cpat atau lmbt loading.. tq..

    ReplyDelete